Pengertian Islam

  

ASSALAMU'ALAIKUM WR WB

Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW tentunya tidak boleh disamakan dengan pengertian perkataan agama menurut fahaman manusia pada umumnya, iaitu berupa ajaran yang menyatakan tentang hubungan antara manusia dengan kuasa ghaib. Ketidaksamaan pengertian ini kerana Islam sebagai ad-Deen yang merangkumi keseluruhan lapangan kehidupan manusia itu adalah terkandung di dalamnya aqidah, amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani. Fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat adalah lebih luas dari pengertian agama sahaja.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran untuk menerangkan segala-galanya dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang Muslimin.” An-Nahl: 89
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nik’mat-Ku dan telah Aku redha Islam itu menjadi Agama kamu.” Al-Maidah: 3
Rasulullah SAW memberi berbagai-bagai ta’arif tentang Islam menurut keadaan orang yang bertanya, iaitu dengan hanya menyebut beberapa juzu’ yang menjadi rukun tanpa menyebut secara keseluruhannya. Di dalam satu hadith, ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail AS tentang apa dia Islam, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Islam itu bahawa kamu menyaksikan tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika berkuasa.” Riwayat Imam Muslim.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
“Dibinakan Islam itu di atas lima perkara. Bersyahadah bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah , mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, Haji ke Baitullahil Haram dan puasa Ramadhan.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Ketika menjawab pertanyaan dari seorang yang bertanya apakah Islam? Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Rasulullah bersabda: “Lima sembahyang sehari semalam,”
Lalu dia bertanya: “Adakah wajib pada saya selain daripadanya?”
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak melainkan yang sunat.” Lalu Rasulullah SAW menyebut: “Zakat.”
Dia bertanya lagi: “Adakah wajib kepada saya lain daripadanya?”
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak, melainkan yang sunat.”
Lalu dia berpaling dan berkata: “Aku tidak menambah dan mengurangkan daripadanya.”
Rasulullah SAW bersabda: “Dia mencapai kemenangan kalau dia benar, atau dia masuk Syurga jika dia benar-benar begitu.”
Hadith tersebut hanyalah menyatakan tentang rukun rukun Islam dan bukannya menyatakan keseluruhan ajaran Islam kerana Islam yang terkandung di dalam al-Quran serta dijelaskan oleh Rasulullah SAW itu adalah lebih luas daripada apa yang disebut di dalam rukun-rukun Islam. Sesungguhnya disana masih ada lagi disebut tentang akhlaq, ekonomi, kemasyarakatan, rumahtangga, negara, perdamaian, peperangan, balasan baik dan jahat. Kalau sekiranya kita buka kitab-kitab Feqah pula, maka kita dapat melihat di dalamnya tentang hukum-hukum ibadat, mu’amalat, kehakiman, perundangan, jihad dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan kitab-kitab hadith seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim yang bukan sahaja sekadar menyebut rukun-rukun Islam tetapi adalah menyebut lebih daripada itu.
Di sini saya kemukakan beberapa ta’arif Islam sebagaimana yang pernah dikemukakan oleh ulama’-ulama’ berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Di antaranya ialah:
1. Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah SWT serta menta’ati-Nya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepada-Nya menyerah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan.” (Ali-Imran: 83)
Adapun ketundukan dengan penuh kesedaran adalah hakikat Islam dan dalam keadaan tundukyang seperti itu timbul pahala dan dosa. Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah SWT ialah redha menerima agama-Nya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredhai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul-Nya Alaihis solatu Wassalam untuk disampaikan kepada seluruh manusia.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia akhirat nanti termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan barangsiapa yang menyerah dirinya (Islam) kepada Allah sedangkan dia sebagai orang yang berbuat demikian, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh dan hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.” (Luqman: 22)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub, Ibrahim berkata): ‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagumu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk  agama Islam.”
“Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan (tanda-tanda mati), ketika dia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah kamu sembah selepas aku meninggal? Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” (al-Baqarah: 132-133)
Kemudian dikhususkan Islam itu dengan ad-Deen yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dari Tuhannya dengan mengikut sepenuhnya tanpa qaid dan syarat. Maka dengan itu lahirlah ketundukan kepada Allah Rabbil Alamin secara khusyuk dan Ikhtiari. Jadi, berdasarkan kepada itu maka ta’arif Islam itu ialah:
Kepatuhan secara Ikhtiari kepada Allah SWT yang dilahirkan secara mengikut Syariat Allah SWT sebagaimana yang di wahyikan kepada Nabi Muhammad SAW dan diperintah supaya menyampaikannya kepada manusia.
2. Islam adala Nidzam (peraturan), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlaq yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikuti dan menentang sama ada dosa dan pahala.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)
3. Islam itu ialah kumpulan peratuan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, mu’amalat dan segala berita yang disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah diperintah agar disampaikan kepada manusia.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu), bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.” (al-Maidah: 67)
Maksud ‘apa yang diturunkan itu’ ialah al-Quran dan as-Sunnah yang terkandung di dalamnya segala hukum-hukum yang tersebut di atas. Itulah dia yang dikatakan Islam.
4. Islam ialah keseluruhan ad-Deen yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubungan dengan aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara dzahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Bahkan seiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka  dan mereka tidak juga berdukacita.” (al-Baqarah: 112)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Padahal mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama kerana-Nya (dengan menjauhi kesesatan) dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat kerana yang demikian itulah agama yang lurus.” (al-Bayyinah: 5)
5. Islam dengan makna menyerah diri secara dzahirsahaja sekalipun dengan tidak ada Iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Orang badwi berkata, “Kami telah beriman,” Katakanlah kepada mereka, “Kamu belum beriman,” tetapi katakanlah, “ Kami telah Islam, kerana Iman itu belum masuk ke dalam hati-hati mereka.” (al-Hujurat: 14)
Diriwayatkan dalam hadith Rasulullah SAW oleh Saad bin Abi Waqqas yang bermaksud:
Rasulullah SAW memberi kepada satu rombongan yang baru menganut Islam beberapa pemberian dengan Saad bin Abi Waqqas ada bersama-sama. Kemudian Rasulullah SAW meninggalkan seorang daripada mereka dengan tidak diberikan apa-apa pemberian. Saya (Saad) merasa kagum dengan lelaki itu. Lalu saya bertanyakan Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, mengapakah bersikap sedemikian terhadapnya? Maka demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah SAW menjawab: “Adakah dia Islam?”
Kemudian Rasulullah SAW diam dan saya sendiri masih lagi mempunyai anggapan menurut apa yang saya tahu.
Lalu saya bertanya pula: “Ya Rasulullah, mengapakah bersikap sedemikian terhadapnya? Demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah bersabda: “Adakah dia Islam?”
Kemudian Rasulullah SAW diam dan anggapan saya terhadap lelaki tersebut masih seperti dulu.
Lalu saya bertanya semua: “Bagaimanakah anggapan Rasulullah SAW terhadapnya? Demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah SAW bersabda: “Apakah dia Islam? Sesungguhnya aku akan berikan kepada lelaki dan lain-lainnya. Lebih aku suka, kerana aku takut dihumbankan mukanya ke dalam neraka.
6. Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia sama ada dahulu ataupun sekarang, iaitu:
Dari mana dia datang?
Mengapakah dia dijadikan?
Kemanakah dia akan dikembalikan?
Jawapan kepada tiga pertanyaan tersebut ialah ‘Islam’ yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya:
“Orang badwi berkata, “Kami telah beriman,” Katakanlah kepada mereka, “Kamu belum beriman,” tetapi katakanlah, “ Kami telah Islam, kerana Iman itu belum masuk ke dalam hati-hati mereka.” (al-Hujurat: 14)
Diriwayatkan dalam hadith Rasulullah SAW oleh Saad bin Abi Waqqas yang bermaksud:
Rasulullah SAW memberi kepada satu rombongan yang baru menganut Islam beberapa pemberian dengan Saad bin Abi Waqqas ada bersama-sama. Kemudian Rasulullah SAW meninggalkan seorang daripada mereka dengan tidak diberikan apa-apa pemberian. Saya (Saad) merasa kagum dengan lelaki itu. Lalu saya bertanyakan Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, mengapakah bersikap sedemikian terhadapnya? Maka demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah SAW menjawab: “Adakah dia Islam?”
Kemudian Rasulullah SAW diam dan saya sendiri masih lagi mempunyai anggapan menurut apa yang saya tahu.
Lalu saya bertanya pula: “Ya Rasulullah, mengapakah bersikap sedemikian terhadapnya? Demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah bersabda: “Adakah dia Islam?”
Kemudian Rasulullah SAW diam dan anggapan saya terhadap lelaki tersebut masih seperti dulu.
Lalu saya bertanya semua: “Bagaimanakah anggapan Rasulullah SAW terhadapnya? Demi Allah saya melihat dia beriman.”
Rasulullah SAW bersabda: “Apakah dia Islam? Sesungguhnya aku akan berikan kepada lelaki dan lain-lainnya. Lebih aku suka, kerana aku takut dihumbankan mukanya ke dalam neraka.
6. Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia sama ada dahulu ataupun sekarang, iaitu:
Dari mana dia datang?
Mengapakah dia dijadikan?
Kemanakah dia akan dikembalikan?
Jawapan kepada tiga pertanyaan tersebut ialah ‘Islam’ yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Pertanyaan yang pertama, iaitu ‘Dari mana dia datang?’ ada terkandung di dalam firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Wahai manusia, jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari qiamat, maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitik mani, kemudian dari seketul darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan tidak sempurna kejadiannya supaya Kami terangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami letakkan di tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang Kami kehendaki hingga satu masa tertentu, kemudian (Kami pelihara) hingga kamu sampai tegap teguh, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan sebahagian dari kamu dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa lagi sesudah tahu. (Al-Hajj: 5)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dari air yang terasing dari tanah. Kemudian Kami jadikan dia setitik mani ditempat ketetapan yang terpelihara. Kemudian Kami jadikan mani itu seketul darah, lalu Kami jadikan darah itu segumpal daging. Kemudian daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang-tulang itu Kami liputi dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia satu kejadian yang lain sifatnya. Maha Suci Allah sebagai pencipta. (Al-Mu’minuun: 12 – 14)
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Maka cubalah manusia itu melihat dari apa yang ia dijadikan. Dijadikan dia dari air yang terpancar yang keluar dari Sulbi laki-laki dan Thara’ib (tulang dada perempuan) (Ath-Thariq: 5 – 7)
Pertanyaan kedua, iaitu ‘Mengapa dia dijadikan?’ adalah terkandung di dalam firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Dan Aku tidak jadikan Jin dan Manusia itu melainkan supaya mereka meng’abdikan diri kepadaKu.” (Adz-Dzaariaat: 56)
Di mana peng’abdian itu berlaku dengan ma’rifatullah (kenal Allah SWT), kasih kepada-Nya, tunduk, patuh dan mengikut kedudukan yang layak yang disediakan bagi mereka, agar mereka mencapai kebahagiaan sebenarnya di dunia dan akhirat.
Pertanyaan ketiga iaitu, ‘Kemanakah dia dikembalikan?’ adalah terkandung di dalam firman Allah SWT.

Maksudnya:
Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya. (Al-Insyqaaq: 6)
Firman Allah SWT.

Maksudnya:
“Allah mencipta manusia dari permulaan, kemudian mengembalikannya (menghidupkannya) kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Ar-Ruum: 11)
Firman Allah SWT.

Maksudnya:
Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu, lalu Ia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Az-Zumar: 7)
Firman Allah SWT.

Maksudnya:
Dan bahawasanya hanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu) (An-Najm: 42)
Firman Allah SWT.

Maksudnya:
Seungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembalimu. (Al-Alaq:8)
Ayat-ayat tersebut menyatakan kesudahan manusia. Iaitu manusia itu dikembalikan kepada Allah SWT untuk dibuat perhitungan dan balasan terhadap amalan mereka di dunia. Seterusnya ditentukan tempat yang sewajarnya bagi diri masing-masing. Sesiapa sahaja yang bersih juwanya dengan Iman dan ‘Amal Soleh’ telah dijanjikan syurga dan kepada sesiapa yang kotor jiwanya dengan kufur dan maksiat, maka balasannya ialah neraka.
7. Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan, merupakanubat yang mujarab untuk mengatasi; memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenaryang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.
Firman Allah SWT.

Maksudnya:
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah Iman itu, tetapi Kami jadikan al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengan dia sesiapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, iaitu jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allah kembali segala urusan. (Asy-Syuura: 52 – 53)
Firman Allah SWT.

Maksudnya:
Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Al-Israa’: 82)
Segala takrif yang tersebut di atas hanyalah beberapa contoh sebagai susulan dari berbagai-bagai lagi takrif yang dikemukakan oleh ulama’. Kesemua takrif dapat diterima asalkan ianya merangkumi maksud ajaran yang terkandung di dalam Islam dan sesungguhnya kesemua takrif itu tidak lah bercanggahan bahkan beriringan di antara satu sama lain. Adanya kepelbagaian takrif adalah menunjukkan kepada kita betapa syunulnya Islam sehingga tidak ada perkataan yang dapat kita terjemahkan bagi memberi makna yang seerti dengan hakikat Islam.

WASSALAMU'ALAIKUM WR WB

0 komentar: